Saturday, May 14, 2011

Saiz dan Template Ruangan Lipatan Kenangan

Ruangan Lipatan Kenangan merupakan satu ruang untuk menampilkan semua gambar kenangan dan laporan setiap kumpulan. Sidang redaksi memberikan kuasa penuh kepada setiap kumpulan untuk membuat rekaan sendiri ruangan tersebut. Setiap kumpulan diberikan dua muka untuk memuatkan semua gambar-gambar kenangan dan laporan.

Secara asas, sekiranya anda mahu membuat rekaan grafik menggunakan photoshop, siaz gambar bagi 1 muka adalah 1650x1275. perlu membuat 2 gambar mengikut saiz yang ditetapkan.

Pereka grafik juga boleh terus membuat rekaan dalam template yang telah saya sediakan pada link di bawah. Di sini juga saya sertakan dummy Legasi Lestari II utuk dibuat rujukan pada pereka grafik setiap kelas dan rujukan semua.

Borang Maklumat Diri

Dalam usaha untuk menerbitkan majalah Legasi Lestari II, maklumat diri setiap guru pelatih Kohort Kedua 2008 - 2011 amat diperlukan. Borang maklumat telah disediakan secara atas talian untuk memudahkan guru pelatih menghantar maklumat diri. Kerjasama daripada semua guru pelatih amat diperlukan dan ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi kerjasama. Tolong sebarkan maklumat ini pada yang lain.

PERINGATAN PENTING

SILA SEMAK BEBERAPA KALI SEBELUM MENGHANTAR BORANG TERSEBUT KERANA SETELAH BORANG DIHANTAR, MAKLUMAT YANG DIBERI TIDAK BOLEH DIUBAH.

klik pada link ini atau lihat pada page utama blog ini pada sebelah kanan:

BORANG MAKLUMAT DIRI

Monday, May 9, 2011

Legasi Lestari I


Legasi Lestari Kohort Pertama 2007 - 2010 telah berjaya diterbitkan pada tahun 2010. Majalah ini merupakan majalah pertama bagi Alumni Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang berjaya diterbitkan seumpamanya di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Majalah yang mengandungi maklumat setiap guru pelatih yang telah berjaya menimba ilmu sehingga tahun terakhir (2010) di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Majalah ini akan menjadi kenangan kepada setiap guru pelatih yang telah meninggalkan IPGM Kampus Pendidikan Teknik dan pensyarah yang telah mengajar mereka semua.
 
© 2011 Legasi Lestari Kohort Kedua 2008 - 2011. All Rights Reserved | Powered by Blogger